CARIAN

Selasa, 24 Januari 2012

Taklimat Al-Baghdadi di Takaful Malaysia


    Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATC-KL) akan mengadakan taklimat asas Al-Baghdadi secara percuma pada 26 Januari 2012, jam 1:00 petang di Takaful Malaysia yang beralamat Syarikat Takaful Malaysia Berhad, 26th Floor, Annexe Block, Dataran Kewangan Darul Takaful, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. 
   Semua dijemput hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi dan maklumat lanjut ATC-KL : 03 – 4256 5345 atau 010 - 426 5345, atau Takaful Malaysia :  1300-8-TAKAFUL (825 2385).

Selasa, 17 Januari 2012

Siapakah Pengasas Teknik Al-Baghdadi?


Nama beliau ialah Jalaluddin bin Haji Hassanuddin dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kampung Berhala Gantang , Temerloh, Pahang, Malaysia. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Bahasa Arab & Pengajian Al-Quran di Saddam University for Islamic  Studies, Baghdad, Iraq pada tahun 1998.

Beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah di Kolej Swasta selama 2 tahun, Pegawai Penyelidik AASHSB selama 4 tahun, Ketua Pegawai Dakwah WSSB selama 5 tahun , Ketua Pegawai Eksekutif AUSB selama 2 tahun.

Kini, beliau bertugas sebagai Lembaga Pengarah EZ Qurban Sdn Bhd , Lembaga Pengarah Syihab Resources , Lembaga Pengarah Al-Baghdadi Method Sdn Bhd.

Rabu, 11 Januari 2012

Pengenalan Teknik Al-Baghdadi.



Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem struktur, analisis dan sintesis (S.A.S.), padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan alat bantu mengajar (ABM) yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.

Objektif: 
Memperkenalkan teknik yang MUDAH, MENARIK dan BERKESAN dalam mempelajari asas - asas membaca Al Quran dengan Teknik 'Al Baghdadi.

 Siapa perlu hadir ?
 + INDIVIDU yang ingin mempelajari teknik mudah dan berkesan mengajar asas Al Quran.
+ IBUBAPA yang ingin mengajar sendiri anak membaca Al Quran.
+ ANDA yang masih belum mahir membaca Al Quran.
+ GURU - GURU yang ingin & sedang mengendalikan kelas Al Quran.
+ SEMUA yang berminat dengan teknik yang lebih MUDAH, BERKESAN dan HEBAT belajar membaca Al Quran.

Isnin, 9 Januari 2012

Al-Baghdadi On-Air di IKIM.FM Petang Ini

onairSekali lagi, Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. bersama Al-Baghdadi Selangor Sdn. Bhd. akan keudara dalam rancangan tajaan bersama Teknik Al-Baghdadi pada jam 2.30 petang ini di Radio IKIM.FM atau ikimfm online


PDF Print E-mail
Dijangka hadir dalam bual bicara tersebut ialah Pengasas Teknik Al-Baghdadi iaitu Ust Jalaluddin bin Hassanuddin bersama Pengarah ATC Selangor diiringi Timbalan Pengarahnya. Pelbagai pengumuman dan perkembangan terkini berkaitan Teknik Al-Baghdadi akan disampaikan. Orang ramai boleh mendengar siaran ini digelombang 91.5Mhz (Lembah Klang)

Jumaat, 6 Januari 2012

Pelancaran ALC Medan Idaman dan Taklimat Percuma


Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur akan melancarkan Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Medan Idaman. Pelancaran ini akan diiringi dengan taklimat   Teknik Al-Baghdadi dan  pengambilan baru ahli kelab dan kelas Al-Baghdadi sesi  tahun 2012. 

Orang ramai di sekitar Medan Idaman diseru untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri secara lebih dekat mengenai Teknik Al-Baghdadi. Sila hubungi ALC Medan Idaman untuk pendaftaran baru dan maklumat lanjut.. Semua di jemput hadir. Butiran lanjut : 
Hari dan Tarikh : Ahad, 15 Januari 2012
Masa :  10:00 pagi
Tempat :  ALC Medan Gombak, Jalan Gombak ( atas Restoran Khan Baba )

Majlis Taklimat Teknik Al-Baghdadi akan diadakan secara percuma!!

Khamis, 5 Januari 2012

ROAD SHOW KURSUS PERUNDING!!!


AL-Baghdadi Method Sdn. Bhd. akan menganjurkan Kursus Perunding buat kali pertama pada tahun 2012 ini di FRIM Kepong atas permintaan orang ramai yang semakin berminat dengan teknik ini. Orang ramai yang berminat untuk menghadiri kursus ini DIMINTA MENDAFTAR SEGERA. Kursus Perunding ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad (7 - 8 Januari 2012) untuk melahirkan golongan pembimbing Teknik Al-Baghdadi yang terlatih.

Rabu, 4 Januari 2012

10 SEBAB MENGAPA PERLU BELAJAR ALQURAN DENGAN TEKNIK AL-BAGHDADI.

Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelas dan kelab teknik Al-Baghdadi diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari teknik ini dengan lebih berkesan lagi. Terdapat 10 sebab mengapa kita perlu mempelajari asas al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi melalui kelab ini :

1. MUDAH
Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.
2. PADAT
Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.
3. MENARIK
Teknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan) dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ‘Playtime’ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
4. CEPAT
Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran.
5.SESUAI
Kaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al-Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran, inilah pilihannya untuk mempelajari asas Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk membantu orang lain mempelajari asas al-Quran.
6. TERBUKTI
Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ‘Tartil’. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.
7. YURAN BERPATUTAN
Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.
8. MENGAKTIFKAN MINDA
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda) melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.
9. PILIHAN SESI
Program Kelab Al-Baghdadi diadakan di seluruh Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.
10. PILIHAN LOKASI
Kini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara

Pengambilan baru untuk sesi Januari 2012 telah dibuka. Untuk mengetahui lokasi yang berhampiran anda, sila kunjungi laman web kami di (Al-Baghdadi HQ) http://www.albaghdadi.com.my/v1/ atau hubungi talian 03-6185 4587 atau (ATC-KL) http://atc4kl.blogspot.com/ atau hubungi talian 03-4256 5345 atau 010-426 534503-4256 5345 atau 010-426 5345,  03-42565345 atau 010-4265345. Selamat menyertai Kelas Al-Baghdadi dan Kelab Al-Baghdadi.

Kursus Asas Taranum

Kursus Asas Taranum bersama Amiril Md Banin (Imam Muda Miril) :

Hari :  
Setiap Jumaat
Masa :  
8:00 malam - 10:00 malam 
Diadakan di : 
 Al-Baghdadi Training Centre ( KL )
No. 11-2, Jalan Setiawangsa 9,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami : 
Tel / Fax : 03-4256 5345
Hotline : 010-426 5345

Bengkel Asas Tajwid


Teknik Al-Baghdadi yang disiarkan pada rancangan Selamat Pagi Malaysia di Saluran TV1


Bengkel Asas Tajwid Al-Baghdadi diadakan bagi melatih para pembaca yang baru mempelajari Al-Quran, juga yang mampu membaca tetapi belum menguasai ilmu tajwid ataupun yang telah mempunyai asas tajwid dengan menggunakan pendekatan yang amat mudah difahami tetapi amat berkesan.


Tarikh : 29/01/2012
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : ATC-KL Setiawangsa

SENARAI AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE (ALC) SEKITAR KUALA LUMPUR


  1. WANGSA MELAWATI : 013-531 0723
  2. BANDAR TUN HUSSEIN ONN : 019-665 2838
  3. BANDAR SRI DAMANSARA : 017-319 8221
  4. TAMAN MALURI : 019-339 5700
  5. MEDAN IDAMAN GOMBAK : 019-258 3972
  6. TAMAN SEGAMBUT SPPK : 012-307 8048
  7. TAMAN KARAK UTAMA (JALAN GOMBAK) : 013-263 5390
  8. TAMAN SEJAHTERA (OFF JALAN KUCHING) : 013-313 6233
  9. SURAU AL-MUBARAQ, SENTUL : 016-910 9098/ 017-659 0069

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)