CARIAN

Selasa, 27 Mac 2012

Adab-adab membaca al-Quran

Adab-adab sebelum membaca al-Quran :
1.  Ikhlaskan niat kerana Allah Ta’ala.
2.  Berwuduk’ walaupun harus membaca al-Quran tanpa wudhu’.
3.  Membersih mulut (bersugi).
4.  Memakai pakaian yang suci lagi bersih.
5.  Mengadap qiblat serta duduk dengan sopan.
6.  Membaca isti’azah. 

Adab-adab ketika membaca al-Quran:
1.  Membaca dengan suara yang baik.
2.  Membaca dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’.
3.  Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam.
4.  Berselawat atas Nabi s.a.w. apabila menyebut namanya seperti Ahmad dan sebagainya.
5.  Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab.
6.  Menjawab seruan azan. 

Adab-adab selepas membaca al-Quran:
1.   Mengakhiri bacaan dengan ucapan (صدق الله العظيم.)
2.  Berdoa.
3.  Menyimpan al-Quran di tempat sesuai dan selamat. 

Sumber :
tajwid poket, terbitan : al-jenderaki enterprise, di cetak oleh : perniagaan normahs, ogos 2008

Ahad, 25 Mac 2012

Kursus Perunding Di Masjid Negara Menjadi Tumpuan


Meskipun Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi sering diadakan diseluruh negeri , namun ia tetap menjadi tumpuan dan perhatian masayarakat terutamanya warga Lembah Klang.

Kehadiran seramai 66 orang di dalam kursus ini melebihi jangkaan dan kapasiti dewan seminar yang hanya mampu menampung 50 orang peserta sahaja. Kursus kali ini diadakan di Bilik Kuliah 1, Masjid Negara.

Kursus Perunding ini merupakan kursus yang dianjurkan oleh Al-Baghdadi Training Centre (ATC-KL) dengan kerjasama Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. untuk mereka yang bakal bergelar guru al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi. Ia dibimbing secara langsung oleh pengasas teknik ini iaitu Ust Jalaluddin bin Hassanuddin. Sesi kursus berlangsung selama 2 hari bermula 24/3/2012.

Selasa, 6 Mac 2012

Pelajari Teknik Al-Baghdadi di TV Al-Hijrah


Mempelajari al-Quran merupakan satu kewajipan bagi setiap individu Muslim, tidak mengira usia dan jantina, taklif tetap terpikul dibahu mereka yang telah akil baligh.
Kini Al-Baghdadi dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan memulakan pembelajaran secara langsung (live) di kaca tv dalam rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah mulai Sabtu ini seperti yang diumumkan oleh pengasas teknik Al-Baghdadi sendiri Ust Jalaluddin  ketika keudara di Radio IKIM sebentar tadi.
Mereka yang berminat untuk mempelajari teknik ini hanya perlu mendapatkan buku dari Al-Baghdadi Training Centre (secara pos) atau datang sendiri ke Pusat-Pusat Latihan al-Baghdadi (ATC) diseluruh negara. Kelas di TV Al-Hijrah akan bermula sekitar jam 8.30 - 9.30 pagi. Kelas akan dikendalikan oleh Mentor Teknik Al-Baghdadi yang juga merupakan Pengarah ATC Negeri Selangor , Ust Abd Rasyid bin Abd Ghani.

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)