CARIAN

Khamis, 12 April 2012

Jom! Hulurkan Sumbangan di Yayasan Al-Baghdadi.

Yayasan Al-Baghdadi yang baru memulakan operasi di pejabat barunya di Prima Batu Caves akan melancarkan program pertamanya iaitu  Program Pembelajaran Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi di rumah Anak Yatim Kluang pada 31/3/2012 dan program yang sama di Rumah Anak Yatim Baitul Husna Bukit Sekilau Kuantan pada 2/4/2012.

Program ini dijayakan oleh Yayasan  bersama Al-Baghdadi Training Centre (ATC) negeri berkenaan. Pihak yayasan mengajak masyarakat untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan orang asli mempelajarai al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi yang kini mula meniti dibibir masyarakat. Kejayaan Al-Baghdadi dalam mengajak masyarakat mempelajari al-Quran seharusnya diberi sokongan oleh semua pihak.

Pihak yayasan mengalu-alukan derma dan sumbangan dari orang ramai untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan orang asli untuk mempelajari al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi .

Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.yayasanalbaghdadi.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)