CARIAN

Rabu, 29 Februari 2012

6 Prinsip Asas yang perlu dikuasai untuk membaca Al-Quran

1. Keupayaan mengenal dan membaca 29 Huruf Hijaiyyah dengan baik.
2. Kemampuan Membaca Tanda Baris Asas Bacaan (Fathah, Kasrah, dan Dhommah)
3. Kemahiran menguasai Tanda Baris Dua Bacaan (Tanwin)
4. Keupayaan mengenal Tanda Bacaan Panjang (Mad)
5. Kemampuan membaca Tanda Bacaan Mati (Sukun)
6. Kemahiran menguasai Tanda Bacaan Berganda (Sabdu)

Selasa, 28 Februari 2012

Bengkel Tajwid Al-Baghdadi


BLACK.jpgKuasai ‘Ilmu Tajwid Dalam 1 Hari
Cara MUDAH & PRAKTIKAL belajar TAJWID
Kini menjadi pilihan guru-guru Al-Quran seluruh Negara

Tarikh    : 1 April 2012
Hari       : Ahad
Waktu   : 9pagi - 5 petang
Tempat : ATC-KL, Setiawangsa.

Kursus Perunding Al-Baghdadi bersama Pengasas Al-Baghdadi



Tarikh : 24 dan 25 Mac 2012
Hari / Masa : Sabtu (9:00pagi ~ 5:00petang) dan Ahad (9:00pagi ~ 1:00petang)
Tempat : Dewan Kuliah 1, Masjid Negara, Kuala Lumpur


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kursus Asas Al-Baghdadi, PERCUMA!!!



Tarikh   : 18 MAC 2012
.
Waktu  : 9 pagi - 1 petang
,
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara,
            Kepong, Kuala Lumpur

PERCUMA!!!
TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR!!!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 27 Februari 2012

Ahad, 19 Februari 2012

Perjumpaan Bersama Al-Baghdadi Learning Centre Kuala Lumpur


Alhamdulillah, pada 19 Februari 2012, Al-Baghdadi Training Centre (ATC) Kuala Lumpur telah mengadakan perjumpaan bersama-sama dengan seluruh Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di Kuala Lumpur. 

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور, singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Oleh disebabkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur, ALC yang telah berjaya dibuka telah mencapai 10 buah ALC, iaitu ALC Bandar Sri Damansara, ALC Bandar Tun Hussien Onn, ALC Taman Maluri, ALC Taman Segambut SPPK, ALC Medan Idaman, ALC Taman Karak Utama, ALC Taman Sejahtera, ALC Tasik Damai, ALC Surau An-Nur dan ALC Wangsa Melawati.

Di perjumpaan kali ini, seluruh pengarah ALC telah terlibat melainkan ALC Wangsa Melawati, perjumpaan yang julung-julung kali diadakan bersama ALC-ALC di Wilayah Kuala Lumpur  amat bermakna sekali. Tujuan dan matlamat utama perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim, disamping perkongsian pengalaman pembukaan ALC-ALC, masalah serta penyelesaiannya dan perancangan masa hadapan bersama Pengarah ATC Kuala Lumpur.

Di akhir perjumpaan, semua ALC-ALC berasa lebih bersemangat, dan berkeyakinan untuk meneruskan serta mengembangkan lagi Teknik Al-Baghdadi ini kepada masyarakat.

Sekian, SELAMAT BERJUANG!!!

Isnin, 13 Februari 2012

Dengarkan IKIM.fm

Al-Baghdadi On-Air di Radio IKIM.fm
Waktu: 2:30petang
Hari : Setiap Selasa (Minggu ke 2)

Al-Baghdadi dalam Rancangan Dari Masjid ke Masjid

Tahniah kepada Ustaz Jalaluddin bin Hasanuddin dalam usaha beliau untuk memartabatkan Al-Quran, Kini Teknik Al-Baghdadi telah menjengah masuk ke negara-negara jiran seperti Kemboja dan Indonesia. Teknik Al-Baghdadi ini telah diterima baik dan akan terus dikembangkan ke seluruh dunia. Insya-Allah, Semoga usaha memartabatkan kalam Allah ini sentiasa dipermudahkan dan diredhai Allah s.w.t. .
Klik disini untuk Saksikan rakaman tersebut.

Rabu, 8 Februari 2012

Bengkel Sehari Asas Tajwid Al-Baghdadi

Tarikh   : 26 Februari 2012
Hari       : Ahad
Masa     : 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : ATC-KL

Terbuka kepada SEMUA PERINGKAT UMUR!
Semua dijemput hadir.

Kaedah Muqaddam dan Teknik Al-Baghdadi


Ramai yang menyangka Teknik Al-Baghdadi ialah Kaedah Muqaddam. Teknik Al-Baghdadi BUKAN Kaedah Muqaddam.Meskipun sama dari segi nama namun hakikat susunan dan tekniknya adalah jauh berbeza ibarat langit dan bumi.
Kaedah Muqaddam iaitu satu satunya kaedah yang paling awal dan paling lama digunakan disemua negara Islam di dunia. Pengasas kaedah al-Baghdadiah (Muqaddam) ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.
Teknik Al-Baghdadi pula mula diperkenalkan pada tahun 2009, Pengasas Teknik ini ialah Ust Jalaluddin bin Hassanuddin Al-Baghdadi. Beliau menamakan teknik ini dengan nama teknik Al-Baghdadi kerana mengambil sempena nama Kota Baghdad di mana tempat beliau menerima ijazah Pertama dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran  di University Saddam pada tahun 1998.
Mereka yang ingin mengetahui rahsia teknik Al-Baghdadi ini boleh mengikuti Kursus Perunding yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012 di ATC Kuala Lumpur. Pasti anda akan TERUJA dengan teknik ciptaan dan rekaan Rakyat Malaysia.
Malaysia Boleh!

Sumber Karya Asal:
ATC Selangor 

Selasa, 7 Februari 2012

Taklimat Tajwid Teknik Al-Baghdadi

Pengenalan kepada asas kemahiran Tajwid Al-Quran dengan konsep :
1- Pengajaran yang MUDAH
2- Pendekatan yang PRAKTIKAL
3- Teknik pengajaran yang EFEKTIF


ATC-KL dengan kerjasama Takaful Malaysia akan mengadakan TAKLIMAT TAJWID TEKNIK AL-BAGHDADI. Perjalanan taklimat ini adalah berikut:
Tarikh/ Hari : 16 Februari 2012 /Khamis
Masa : 1:00 petang
Tempat : Surau Takaful Malaysia, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.

Salam Maulidur Rasul

Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATC-KL) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H. ATC-KL menyeru agar seluruh umat Islam agar dapat menghayati sejarah perjuangan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. dalam menegakkan syiar Islam.  Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


Berzikirlah dan Berselawatlah  ...

Rabu, 1 Februari 2012

Rugi


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.
Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang faedah-faedah membaca al-Quran. Di antaranya:
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat – dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
4. Dapat menghindar dari hati menjadi berkarat
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
7. Allah swt memuji pembaca al-Quran di hadapan malaikat
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
9. Mententeram jiwa yang resah
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk si mati daripada Al-Mala’ul A’aala (malaikat dari syurga) tempat tidur dari syurga yang dipenuhi bauan kesturi
11. Rasulullah saw bersabda“ di hari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat”
12. Dapat membina akhlak yang baik
13. Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadhilat membaca al-Quran.
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
16. Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.


Maka, rugi lah mereka tidak mahu mengaji al-Quran. Wallahu ‘alam.

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)