CARIAN

Ahad, 19 Februari 2012

Perjumpaan Bersama Al-Baghdadi Learning Centre Kuala Lumpur


Alhamdulillah, pada 19 Februari 2012, Al-Baghdadi Training Centre (ATC) Kuala Lumpur telah mengadakan perjumpaan bersama-sama dengan seluruh Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di Kuala Lumpur. 

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور, singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Oleh disebabkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur, ALC yang telah berjaya dibuka telah mencapai 10 buah ALC, iaitu ALC Bandar Sri Damansara, ALC Bandar Tun Hussien Onn, ALC Taman Maluri, ALC Taman Segambut SPPK, ALC Medan Idaman, ALC Taman Karak Utama, ALC Taman Sejahtera, ALC Tasik Damai, ALC Surau An-Nur dan ALC Wangsa Melawati.

Di perjumpaan kali ini, seluruh pengarah ALC telah terlibat melainkan ALC Wangsa Melawati, perjumpaan yang julung-julung kali diadakan bersama ALC-ALC di Wilayah Kuala Lumpur  amat bermakna sekali. Tujuan dan matlamat utama perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim, disamping perkongsian pengalaman pembukaan ALC-ALC, masalah serta penyelesaiannya dan perancangan masa hadapan bersama Pengarah ATC Kuala Lumpur.

Di akhir perjumpaan, semua ALC-ALC berasa lebih bersemangat, dan berkeyakinan untuk meneruskan serta mengembangkan lagi Teknik Al-Baghdadi ini kepada masyarakat.

Sekian, SELAMAT BERJUANG!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)