CARIAN

Rabu, 8 Februari 2012

Kaedah Muqaddam dan Teknik Al-Baghdadi


Ramai yang menyangka Teknik Al-Baghdadi ialah Kaedah Muqaddam. Teknik Al-Baghdadi BUKAN Kaedah Muqaddam.Meskipun sama dari segi nama namun hakikat susunan dan tekniknya adalah jauh berbeza ibarat langit dan bumi.
Kaedah Muqaddam iaitu satu satunya kaedah yang paling awal dan paling lama digunakan disemua negara Islam di dunia. Pengasas kaedah al-Baghdadiah (Muqaddam) ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.
Teknik Al-Baghdadi pula mula diperkenalkan pada tahun 2009, Pengasas Teknik ini ialah Ust Jalaluddin bin Hassanuddin Al-Baghdadi. Beliau menamakan teknik ini dengan nama teknik Al-Baghdadi kerana mengambil sempena nama Kota Baghdad di mana tempat beliau menerima ijazah Pertama dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran  di University Saddam pada tahun 1998.
Mereka yang ingin mengetahui rahsia teknik Al-Baghdadi ini boleh mengikuti Kursus Perunding yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012 di ATC Kuala Lumpur. Pasti anda akan TERUJA dengan teknik ciptaan dan rekaan Rakyat Malaysia.
Malaysia Boleh!

Sumber Karya Asal:
ATC Selangor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Labels

Taklimat (2) baghdadi (2) tajwid (2) ATC (1) Ahad (1) Kuala Lumpur (1) al-quran (1) alamat (1) alc (1) bengkel (1) faks (1) hubungi (1) jadual (1) pengenalan (1) perjumpaan (1) prinsip (1) promosi (1) sebab (1) semua (1) telefon (1)