Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.
Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang faedah-faedah membaca al-Quran. Di antaranya:
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat – dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
4. Dapat menghindar dari hati menjadi berkarat
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
7. Allah swt memuji pembaca al-Quran di hadapan malaikat
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
9. Mententeram jiwa yang resah
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk si mati daripada Al-Mala’ul A’aala (malaikat dari syurga) tempat tidur dari syurga yang dipenuhi bauan kesturi
11. Rasulullah saw bersabda“ di hari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat”
12. Dapat membina akhlak yang baik
13. Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadhilat membaca al-Quran.
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
16. Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
Maka, rugi lah mereka tidak mahu mengaji al-Quran. Wallahu ‘alam.Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang faedah-faedah membaca al-Quran. Di antaranya:
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat – dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
4. Dapat menghindar dari hati menjadi berkarat
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
7. Allah swt memuji pembaca al-Quran di hadapan malaikat
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
9. Mententeram jiwa yang resah
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk si mati daripada Al-Mala’ul A’aala (malaikat dari syurga) tempat tidur dari syurga yang dipenuhi bauan kesturi
11. Rasulullah saw bersabda“ di hari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat”
12. Dapat membina akhlak yang baik
13. Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadhilat membaca al-Quran.
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
16. Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan